Yan

Β 

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan izin-Nya laman web PUSPANITA daerah Yan dapat direalisasikan.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA daerah Yan yang begitu kasih kepada persatuan ini. Sesungguhnya, saya berkeyakinan bahawa peranan persatuan ini sentiasa relevan dan penting sebagai persatuan kebajikan yang dapat menyatukan golongan suri dan penjawat awam wanita.

Persatuan yang dianggap aksesori ini dapat mempertemukan wanita untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkanΒ  peranan mereka dalam melakukan kebajikan sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri yang sifatnya lemah lembut. Selaras dengan mottoΒ β€œWanita Sepakat Negara Meningkat” , saya menyeru agar ahli-ahli PUSPANITA Daerah ini sentiasa berlapang dada dalam melaksanakan peranan masing-masing.Β Β 

Apabila berdepan dengan sebarang masalah, kita harus sama-sama menyelesaikannya ibarat aur dengan tebing dan mengutamakan sikap muafakat kerana muafakat membawa berkat.

Akhir kalam, saya berharap semua ahli persatuan ini sentiasa menjaga keharmonian dan seronok menjalankan peranan yang diberi.Β  Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita.

Sekian, terima kasih.

Β 

PUAN NOORUL AZYYATI BINTI AHMAD SALMI, BCK.

Pengerusi

PUSPANITA DAERAH YAN

BARISAN AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH YAN

Β 

Pengerusi : Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, BCK
Timbalan Pengerusi: Cik Afifah binti Mohd Asri
Naib Pengerusi I : Puan Nurul Naimah binti Zakaria
Naib Pengerusi I: Puan Ainaa Mardhiah binti Sollehuddin

Setiausaha: Nur Izzati binti Mohd Sabri
Penolong Setiausaha: Nurul Amira binti Nazri
Bendahari: Nurliza binti Zakaria
Penolong Bendahari: Hasmiza binti Aziz

BIRO KEBAJIKAN
Nurul Huda binti Dziaudin
Nurul Fatin Najibah binti Abd Mutalib
Nor Hidayah binti MHD Juhari

BIRO KEAHLIAN
Azyan Izzati binti Mohd Rodzi
Norashikin binti Saad
Nurul Hijrah binti Mohamad Zahir

BIRO PESARA
Zarinah binti Mustafa
Fatimatuzzahrah binti Mohmad
Shukriah binti Ibrahim

BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA
Adibah binti Ismail
Siti Hajar binti Ariffin
Noorhasma binti Zain

BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN
Basariyah binti Ismail
Qurratul' Aini binti Ismail
Nurul Shazwanis binti Ismail

BIRO SUKAN DAN REKREASI
Nurul Syibrah binti Mohd Shah
Nur Syahida binti Che Rus
Siti Natherah binti Ariffin

BIRO PEMBANGUNAN ICT DAN PUBLISITI
Nurul Fatihah binti Harun
Siti Zanariah binti Zainal
Nurul Nasuha binti Tajuddin

BIRO KEUSAHAWANAN DAN KEPENGGUNAAN
Nuruljannah binti Abdullah
Lily Liyana binti Hasmadi
Noormaya binti Yusoff

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Aina Hazwani binti Radzi
Norhafizah binti Mohamad

πŸπŸ“ πŒπ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ’ (πˆπ’ππˆπ)

PROGRAM IHYA RAMADAN 1445H PERINGKAT DAERAH YAN- PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK

Program ini merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan bersama agensi/ jabatan Daerah Yan iaitu Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah YAN, Jabatan Pertanian Daerah Yan, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Yan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Yan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kelab Kebajikan Rekreasi MDY dan PDTY, Persatuan Jurupandu Jerai Geopark (JAGA), Ahli PUSPANITA Daerah Yan serta kakitangan dan staf Majlis Daerah Yan. Program ini telah dijalankan selama satu hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Majlis Daerah Yan, Kedah.

Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang biasanya dimasak secara bergotong-royong pada bulan ramadhan. Diantara objektif program adalah mengeratkan hubungan antara kakitangan dan staf Majlis Daerah Yan bersama agensi luar lain. Program ini juga merupakan program komuniti dan kemasyarakatan yang melibatkan semua lapisan umur.

Sebanyak empat periuk bubur lambuk yang telah dihasilkan secara bergotong-royong. Bubur lambuk yang siap dimasak pada jam 1.00 tgh hari kemudiannya diagihkan kepada para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, agensi yang turut serta dalam penyediaan dan beberapa jabatan di Daerah Yan.

Puan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan (Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK.), para Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) Daerah Yan, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya(JKR) Yan (Tuan Ir. Sharudin bin Halim, BCK.), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, BCK.), para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Majlis Daerah Yan serta Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Yan kemudiannya turut mengagihkan bungkusan bubur lambuk tersebut kepada para pengguna jalan raya di hadapan Pejabat Majlis Daerah Yan dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menjayakan Program Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H / 2024M Peringkat Daerah Yan ini.

Semoga sumbangan ikhlas dan usaha murni dari semua pihak ini dirahmati dan diberkati oleh Allah s w.t. sempena Sambutan Ihya' Ramadan Al Mubarak 1445H / 2024M melalui perkongsian rezeki dan amalan nilai - nilai positif serta murni di bulan Ramadan yang mulia ini.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

#PUSPANITAYan
#40tahunPUSPANITA
#KeluargaPUSPANITA
#KASIHWanita
#puspanitadaerahyan

πŸ’»Web Rasmi PUSPANITA Daerah Yan :https://puspanitayan.blogspot.com/
πŸ’»Facebook Page :https://www.facebook.com/PUSPANITADaerahYan/

24 MAC 2024 (𝗔𝗛𝗔𝗗)

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’π”πŒππ€ππ†π€π ππ€πŠπ”π‹ πŠπ€π’πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ€π ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 KECIL DAERAH YAN

Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Kasih Ramadan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan ini diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Yan, Kedah.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, BCK dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Cik Afifah binti Mohamad Asri, hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan tersebut kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang memerlukan.

Seramai 20 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Turut hadir Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Puan Nur Izzati binti Mohd Sabri dan para urus setia PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, BCK. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan seterusnya majlis penyerahan sumbangan Bakul Kasih kepada 20 orang penerima yang terpilih.

Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Cawangan Kecil Daerah yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1445H / 2024M.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi - tinggi ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah di atas sumbangan Bakul Kasih Ramadan yang diberikan.

Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

#PUSPANITAYan
#40tahunPUSPANITA
#KeluargaPUSPANITA
#KASIHWanita
#puspanitadaerahyan

πŸ’»Web Rasmi PUSPANITA Daerah Yan :https://puspanitayan.blogspot.com/
πŸ’»Facebook Page :https://www.facebook.com/PUSPANITADaerahYan/

TERKINI
Facebook Pagelike Widget
LOKASI