Pokok Sena

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Saya selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena yang telah memberi kerjasama, sumbangan bakti dan sokongan padu bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena yang dilaksanakan setiap tahun.

Saya amat terharu kerana dalam kesibukan tugas rasmi dan menguruskan rumah tangga, masih ada ruang kepada ahli - ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena untuk melaksanakan aktiviti berpersatuan.

Sebagai sebuah persatuan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturahim. Terdapat pelbagai aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena tidak hanya tertumpu kepada ahli - ahlinya tetapi juga kepada Suri. Pihak Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena sentiasa mencari dan memperbanyakkan program - program pendekatan bersifat ilmiah berbentuk kerohanian, kebajikan, kekeluargaan, kesihatan dan keusahawanan yang dijalankan.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena dengan kerjasama yang diberikan.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT
(PUAN HAZLIZAWATI BINTI SHAMSHUDDIN)

Barisan Ahli Jawatankuasa 

TERKINI
Facebook Pagelike Widget
LOKASI