mszh-CNenhi

Mengenai Kami

Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanann yang mesra oleh kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudian menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk menwujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose , Kuala Lumpur  telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan Rumah PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di Rumah PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik ini mendorong PUSPANITA untuk menjalanakan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya. Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun selepas penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai evolusi sejak dari zaman penubuhannya. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diterajui oleh beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta melaksanakan pelbagai aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22 April 2009 di alamat 940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar.

                           perutusan2    objektif2 
       
  visimisi2     lagu2     pakaian3 
                            logo1    carta2 

Perkhidmatan

Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang terdiri daripada:
i. Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malaysia...

Selanjutnya
PUSPANITA DI HATI

Sumbangan kebajikan PUSPANITA DI HATI telah diwujudkan oleh Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah sejak tahun 2020 lagi. Program ini bertujuan...

Selanjutnya
Jualan

Tiada jualan buat masa sekarang





Selanjutnya
  • Tarikh Kemaskini: Ahad 24 April 2022.
fb