Mengenai Kami

SEJARAH PENUBUHAN PUSPANITA

Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanann yang mesra oleh kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudian menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk menwujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose , Kuala Lumpur  telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan Rumah PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di Rumah PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik ini mendorong PUSPANITA untuk menjalanakan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya. Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun selepas penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai evolusi sejak dari zaman penubuhannya. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diterajui oleh beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta melaksanakan pelbagai aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22 April 2009 di alamat 940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar.

YABhg. Tok Puan Hajah Jusmalailani binti Jusoh
Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah

YB Dato' Seri Haji Norizan bin Khazali
Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah

YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah

PERUTUSAN

YANG BERBAHAGIA DATIN SERI NORHASNI BINTI ISHAK, AMK.

PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH

 Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatulahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Portal Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman dilancarkan sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-40 Tahun 2024 pada 31 Mac 2024.

Laman web adalah merupakan wadah untuk menyalurkan informasi dan komunikasi secara digital. Bersempena dengan Sambutan 40 Tahun PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Biro Pembangunan ICT dan Publisiti telah membangunkan Portal Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang lebih mesra pengguna kepada Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Rasionalisasi laman web PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan 12 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah pada satu gerbang yang sama ini dapat menjadi ‘one stop centre’ kepada Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Selain itu, diharapkan portal rasmi ini dapat mengoptimumkan maklumat yang disampaikan serta menjadi rujukan Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam mendapatkan maklumat berkualiti, tepat dan terkini berkaitan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Saya berharap dengan adanya portal rasmi ini, semua program dan aktiviti yang dirancang oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dapat disebarluaskan dengan lebih efektif kepada para Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah serta mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Biro Pembangunan ICT dan Publisiti.

Hasrat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah pada masa akan datang adalah untuk mewujudkan lebih banyak program dan aktiviti yang berimpak tinggi terutamanya program yang seimbang bukan sahaja mendatangkan “outcome” seiring objektif program tersebut malahan pulangan dari segi manfaat ekonomi kepada Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah khususnya dan rakyat Negeri Kedah secara amnya

 “40 TAHUN PUSPANITA : MELAKAR SEJARAH, MEMPERKASA WANITA”

“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”

“ASPIRASI WANITA MENDEPANI MASA”

  1. Merekayasa PUSPANITA
  2. Memperkukuhkan tadbir urus
  3. Memperkasa dan mengupayakan ahli
  4. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
  5. Memperluaskan rangkaian strategik
VISI PUSPANITA
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif

MISI PUSPANITA
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA

MOTO PUSPANITA​
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita

Bulan bintang 14 penjuru Lambang keutuhan barsatu-padu Isteri pegawai kakitangan semua Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan Isteri bersama memberi kebajikan Disamping itu bertukar pandangan Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan Bergaul mesra tak kira keturunan Beramah-tamah tak kira pangkat Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah Peranan suri pendidik di asah Sifat Kewanitaan meninggikan maruah Perikemanusiaan menjadi falsafah

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri dan wanita Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar
Image link