Kuala Muda

PUAN NAZWA BINTI ROSLEY

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

 

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda mempunyai kekuatan masyarakat yang erat dikalangan ahli-ahlinya walaupun terdapat perbezaan latar belakang dan taraf hidup, semua ahli-ahli menyokong aspirasi yang sama iaitu ke arah memajukan diri, keluarga dan komuniti Kuala Muda.

 

Program dan aktiviti yang dirancang meliputi pelbagai aspek seperti ilmu, kemahiran, kebajikan, agama, sukan, kesihatan dan keusahawanan. Semua ahli Puspanita disarankan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi mencapai aspirasi yang ditetapkan. Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda akan terus berusaha menjadikan cawangan Puspanita yang maju di negeri Kedah. 

 

Marilah sama-sama kita berganding bahu menggembleng tenaga bagi memajukan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda.

-content-

TERKINI
Facebook Pagelike Widget
LOKASI