PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN "WE CARE FOR YOU" PUSPANITA KEBANGSAAN DAN SUMBANGAN "PUSPANITA DIHATI" PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH
Upacara penyerahan sumbangan diadakan pada 30 Januari 2022 (Ahad) jam 11.00 pagi bertempat di Rumah PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Seramai 4 orang pemohon terdiri daripada ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah terpilih menerima sumbangan.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.