Bicara Santai "Menggapai Bahagia Di Lautan Cabaran" bersama penceramah jemputan Dr Azlina bt Azlan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Puan Badrizawati bt Mohamad Zaki, Pegawai Psikologi LPPN Kedah dan Puan Azlina bt Azizan, Pegawai Penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.
Bicara santai ini merupakan anjuran bersama PUSPANITA MADA dan PUSPANITA Negeri Kedah dan berlangsung pada 27 Januari 2022 di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.
