Program Tadarus Al-Quran PUSPANITA " Semarak Ramadan 1442H : Al-Quran Dihati"
PUSPANITA Kebangsaan menganjurkan program Tadarus al-Quran secara hybrid iaitu secara dalam talian atau e-tadarus dan juga secara bersemuka.
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah diberi tugasan membaca juz 24 dan telah memilih 10 orang wakil ahli untuk dijalankan program tadarus secara bersemuka.
Program tadarus tersebut telah diadakan bertempat di Rumah PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah pada 25 April 2021 yang lalu.
