Cetak

76697239 2621386591281050 3889685098093608960 n

28 November 2019, bertempat di Bilik Gerakan Aras 6 Blok E Wisma Darul Aman Alor Setar . Biro Pendidikan & Pembangunan Wanita Puspanita Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu program seminar bertajuk "Seminar Digital Parenting" . Program yang berlangsung selama empat jam ini dibahagikan kepada 2 slot perbincangan iaitu slot pertama bertajuk "Anak, Adat, Adab, Agama & Gadjet" oleh Dr Hajjah Amani Binti Dahaman @ Dahlan. Beliau adalah Ketua Jabatan Akademik, Jabatan Bahasa Arab Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG ) Kampus Darul Aman. Pada Slot kedua perbincangan membawa tajuk "Memahami Digital Parenting". Slot ini disampaikan oleh Prof Madya Dr Zulaiha Binti Ali Othman Ketua Unit Maklumat Pendidikan, Pusat Pengurusan penyelidikan & Instrumentasi, University Kebangsaan Malaysia (CRIM-UKM). Seminar ini dihadiri oleh hampir 100 orang ahli Puspanita Negeri Kedah. Majlis Penutup Seminar ini di laksananan oleh YBhg Pengerusi Puspanita Negeri Kedah YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit.