JAWATAN | NAMA |
PENGERUSI | AMILA BINTI AHMAD |
TIMBALAN PENGERUSI I | PUAN NOORULHUDA BINTI MOHAMMED ALI, AMK.,BCK. |
TIMBALAN PENGERUSI II | PUAN SYAFIQAH BINTI MOHD RADZI |
SETIAUSAHA I | NOR SITI SOLEHA BINTI ABDUL MUTALIB |
SETIAUSAHA II | NOR ARNIZA BINTI AHMAD |
BENDAHARI | NORLIA BINTI MOHD YUSOFF |
PENOLONG BENDAHARI | MARIANI BINTI HASHIM |
PEMERIKSA KIRA-KIRA | MASHALIZA BINTI MOHD ISA |
AJK TETAP | PUAN FARAH NABILAH BINTI MOHAMAD ANUAR |
PUAN SAJARATUL ALEEYA BINTI SHAHRIL | |
PUAN ADILA BINTI AHMAD | |
PUAN SITI YUHAINIT BINTI HAMZAH | |
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL | NORSHAHIREN BINTI ZAINUDDIN |
SITI ZAHARAH BINTI ABD RAHMAN | |
SURIANI BINTI CHE OMAR | |
BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN | NOR FARAHIYAH BINTI ISA |
SAKINA BINTI CHE SAB | |
BIRO KEUSAHAWANAN DAN KEPENGGUNAAN | NOR AZRINAWATI BINTI ILIAS |
NOOR IDAYU BINTI JAMIL | |
BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA | NOOR ZAIMAINA BINTI YOM |
CHE INSON BINTI AWANG | |
BIRO SUKAN DAN REKREASI | NURUL FITRIAH BINTI HJ. DRANI |
ZALINA BINTI MOHD ZAIN | |
BIRO ICT DAN PUBLISITI | NOR AZWA BINTI GHAZALI |
AZANARUL AZEAN BINTI ABDUL GHANI | |
NURZATTY AMALY BINTI MOHAMAD NAYAN | |
BIRO PESARA | HASMAH BINTI HASSAN |
ALIAH BINTI OSMAN |
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒
Tarikh: 23 Ogos 2024
Masa: 9.00 Malam
Tempat : Dataran Pantai Chenang
Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang ke-67, Program Semarak Jiwa Merdeka 2024 Daerah Langkawi telah diadakan di Dataran Pantai Chenang yang turut diserikan dengan kehadiran Tuan Penasihat dan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Program dimulakan dengan edaran Jalur Gemilang kepada para pengunjung dan pelancong yang hadir di Dataran Pantai Chenang pada malam tersebut.
Program diteruskan lagi dengan nyanyian beramai - ramai lagu “ Negaraku” dan “Allah Selamat Sultan” beserta ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Penghulu Mukim Kedawang.
Aturcara program kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, YBrs. Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. dan disusuli dengan ceramah patriotisme oleh Encik Wan Abdul Halim bin Yaakob, Pegawai Penerangan Daerah Langkawi.
Antara intipati ceramah beliau termasuklah berhubung latar belakang bendera Jalur Gemilang yang direka oleh anak tempatan dan rentetan sejarah perjuangan negara sebelum mencapai kemerdekaan dari pihak British pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 .
Program Semarak Jiwa Merdeka 2024 Daerah Langkawi ini kemudiannya diakhiri dengan nyanyian beramai - ramai lagu - lagu bertemakan kemerdekaan negara dan patriotisme oleh para tetamu jemputan, pengunjung dan pelancong sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang beramai - ramai.
Semangat cintakan Negara dan patriotisme yang tinggi terserlah apabila lagu-lagu bertemakan kemerdekaan dan patriotisme ini dinyanyikan secara beramai - ramai bukan sahaja oleh para pengunjung tempatan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat, malahan ia turut diiringi juga oleh kibaran bendera Jalur Gemilang oleh para pelancong asing yang tidak melepaskan peluang merakamkan detik - detik bersejarah dan sangat bermakna ini melalui lensa telefon tangan masing - masing.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada YBhg. Dato Panglima MAWILLA 3 dan Datin Pengerusi BAKAT MAWILLA 3, semua Ketua Jabatan / wakil, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Pejabat Penerangan Daerah Langkawi, para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, BAKAT MAWILLA 3 dan PERKEP Langkawi, Malaysian Association of Hotels (MAH) Kedah / Perlis (Langkawi) dan para penggiat industri pelancongan Langkawi, para Penghulu Mukim, urus setia Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi serta semua yang membantu menjayakan Program Semarak Jiwa Merdeka Tahun 2024 Daerah Langkawi anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟑 (𝐌𝐀𝐖𝐈𝐋𝐋𝐀 𝟑) 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐋 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐊𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Tarikh: 21 Ogos 2024 (Rabu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Jeti Pangkalan Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3)
Buat julung - julung kalinya, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Pangkalan TLDM MAWILLA 3 dan Kapal TLDM KD Perantau.
Seramai 60 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang diketuai oleh Puan Nur Syafikah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi II telah berpeluang melawat Pangkalan Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) dan melawat kapal KD Perantau yang berlabuh di Pangkalan MAWILLA 3 tersebut.
Ketibaan para peserta lawatan ini telah disambut oleh Pegawai Memerintah KD Perantau, Kdr Ahmad Rizuan Bin Hussin dan para pegawai dan anggota kapal KD Perantau.
Para peserta lawatan kemudiannya diberi taklimat oleh para Pegawai dan anggota kapal KD Perantau dan berpeluang melihat sendiri operasi dan pelbagai kelengkapan serta kemudahan kapal tersebut.
Lawatan ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah AMK., BCK. Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Laksamana Pertama Dato' Roslee Bin Mohamad Isa, Panglima Markas Wilayah Laut 3 (Mawilla 3) serta isteri Datin Noraisha Azura binti Norzan yang juga Pengerusi BAKAT MAWILLA3 serta para Ahli BAKAT MAWILLA 3.
Lawatan ini diakhiri dengan jamuan minum petang di atas kapal dan sesi bergambar beramai - ramai bersama para tetamu kehormat berlatar belakang kapal KD Perantau tersebut.
Lawatan bersejarah ini mengambarkan hubungan yang erat antara kedua-dua persatuan (PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan BAKAT MAWILLA 3) dalam usaha membina jalinan ukhwah sesama para ahli dan seterusnya komuniti setempat.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada kepimpinan TLDM dan MAWILLA 3 serta BAKAT MAWILLA 3 atas kerjasama dan sokongan yang diberikan untuk penganjuran Lawatan Sambil Belajar ini.
Semoga kerjasama dan hubungan erat antara PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan BAKAT MAWILLA 3 akan diteruskan dalam pelbagai program dan aktiviti pada masa hadapan.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐅𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐅𝐢𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟖
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Galeri Perayaan, Taman Lagenda, Kuah, Langkawi, Kedah
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi dengan kerjasama beberapa jabatan / agensi dan persatuan telah berjaya menganjurkan Program Fit Malaysia Fit
Komuniti Siri 8 melibatkan penyertaan seramai 500 orang peserta.
Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan.
Program kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Ahmad Irfan Bin Mohd Nor dan diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Saudara Mohamad Naqiudden Bin Nordin dari Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Program kemudiannya diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Selesai Ucapan Perasmian, para peserta Program kemudiannya bergerak menyertai acara utama iaitu Briswalk sejauh 1km mengelilingi Taman Lagenda dan diikuti dengan acara Senaman Zumba yang diketuai oleh Zin Zumba Inst Network dengan bertemakan lagu-lagu patriotik bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 67 pada tahun ini.
Selain itu, Program turut diserikan lagi dengan slot khas daripada Langkawi FM yang melibatkan acara soalan Kuiz Kenegaraan bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 67.
Program turut dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah termasuk barangan hamper, tiket masuk diskaun ke Dream Forests dan wang tunai yang disampaikan oleh Tuan Penasihat dan Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Program ini turut dimeriahkan dengan acara Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh semua peserta yang hadir yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Rakan Strategik Fit Malaysia iaitu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi,Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, LADA, MPLBP, JKR Langkawi, Langkawi FM, PERKEP IPD Langkawi, BAKAT MAWILLA 3, PAWE Langkawi, PESINAR Langkawi dan Persatuan Autisme Langkawi dan semua Jabatan / Agensi / NGO / Persatuan / Malaysian Association of Hotels (MAH) Kedah / Perlis serta para Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang telah memberi sokongan padu dan kerjasama jitu yang diberikan dalam menjayakan dan memeriahkan program yang sangat bermakna dan bersejarah ini.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐀𝐍𝐕𝐀
28 Julai 2024 (Ahad)
Bengkel Asas Aplikasi Canva ini telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi anjuran Biro Pendidikan dan Pembangunan Wanita, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Seramai 47 orang peserta terdiri dari ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan para wakil jemputan dari pelbagai jabatan / agensi di Daerah Langkawi telah menghadiri bengkel ini.
Penceramah Bengkel Asas Penggunaan Applikasi CANVA ini ialah Puan Syafiqah binti Mohd Radzi yang merupakan Timbalan Pengerusi 2, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan dibantu oleh Cik Nurzatty Amaly binti Mohd Nayan selaku Ketua Biro ICT dan Publisiti, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. dan Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Objektif bengkel ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan komuniti setempat mengenai asas penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend dalam penghasilan poster, sijil, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli PUSPANITA dan para peserta lain sepanjang Bengkel tersebut berlangsung.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada kedua - dua penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan semua peserta yang sudi hadir menjayakan Bengkel yang julung - julung kali diadakan ini.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bertekad untuk terus menganjurkan lagi program-program ilmu seumpama ini di masa akan datang bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan masyarakat setempat selaras dengan perkembangan semasa serta memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈
28 JULAI 2024 (Ahad) - Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menyertai program bubur asyura anjuran bersama Pejabat Daerah Dan Tanah langkawi.
Gotong-royong memasak bubur asyura adalah salah satu tradisi yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharam. Pengagihan bubur diberikan kepada seluruh warga kerja PDTL.
Objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga PDTL dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi selain menghidupkan tradisi pada bulan Muharam 1446H.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐏𝐀𝐘𝐔 𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐔𝐒𝐔𝐒
Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Maliha telah menganjurkan Program Kesedaran Kanser Payu Dara & Kanser Usus yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanser tersebut di mana saringan awal dan konsultansi telah diberikan. Program tersebut telah diadakan seperti berikut :
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟐𝟎 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 : 𝟗.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 -𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐡
Terima kasih kepada Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Maliha yang telah menjemput ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi untuk menyertai menyertai program tersebut.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
13 Julai 2024 (Sabtu) - Penyerahan kerusi roda oleh Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi serta sumbangan Tunai daripada Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi di Kg Tanjung, Mukim Ulu Melaka.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐂𝐓𝐔𝐀𝐑𝐘
Tarikh : 28hb Jun 2024
Tempat : Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Jumlah Benih Pokok : 50 Pokok (spesis pelbagai)
Bina Darulaman Berhad akan menganjurkan program Penghijauan Darulaman Sanctuary, dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan NGO bagi usaha penanaman benih pokok balak di kawasan Hutan Lipur Lubuk Semilang. Darulaman Sanctuary, Langkawi. Terima kasih diucapkan kepada Bina Darulaman Berhad kerana sudi menjemput dan mengalu-alukan kehadiran ahli Puspanita Langkawi untuk menyertai dan memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan kepada usaha kelestarian alam sekitar.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐅𝐋𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐑𝐄𝐀𝐒𝐈, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
Tarikh : 26 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Taman Rekreasi Lubuk Semilang, Langkawi
Pakaian : T-shirt Puspanita Langkawi
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menyertai sesi rekleksi bersama pensyarah daripada Politeknik dan Kolej Komuniti yang diadakan di Taman Rekreasi Lubuk Semilang, Langkawi.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐑𝐀𝐅 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐋𝐔𝐏
Tarikh : 31 Mei 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pg - 12.00 tengahari
Aktiviti : Batik Ikat dan Celup
Jumlah Peserta : 20 orang
Kompleks Kraf Langkawi telah mengadakan Program Pengembangan Ilmu Eksplorasi Kraf sempena cuti sekolah yang disertai oleh beberapa orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bersama anak-anak. Terima kasih diucapkan kepada Kompleks Kraf Langkawi yang berbesar hati menjemput ke program yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menarik.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈
26 Mei 2024 (Ahad)
Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah hadir ke Kampung Ulu Melaka, Mukim Ulu Melaka, Langkawi pada jam 2.30 petang bagi menyampaikan sumbangan kebajikan Program PUSPANITA Di Hati kepada ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang memerlukan iaitu Puan Mashitah Binti Mahtar dan Puan Basariah Binti Hamid (Ibu).
Sumbangan tersebut berupa bantuan wang tunai dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah manakala sumbangan barangan keperluan harian dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi turut disampaikan kepada penerima tersebut.
Turut hadir dalam Majlis Penyampaian Sumbangan ini ialah Setiausaha dan Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Penghulu Mukim Ulu Melaka dan Pengerusi MKK Kampung Ulu Melaka.
Semoga sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima dan semoga mereka terus sabar dan tabah dalam menempuh segala ujian dan dugaan dari Allah s.w.t.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas sumbangan yang diberikan sebagai tanda peka dan prihatin kepada kebajikan para Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang memerlukan.
Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 - 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 : 𝐇𝐀𝐊 - 𝐇𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌
19 Mei 2024 (Ahad)
Seminar Literasi Undang - Undang : Hak- Hak Wanita Dalam Islam anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Penceramah jemputan bagi Seminar ini ialah Tuan Syeikh Ahmad Tarmizi Bin Abd. Hakim, BCK. Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Langkawi melibatkan penyertaan seramai 114 orang peserta.
Seminar yang berlangsung hampir dua jam ini membincangkan pelbagai perkara termasuklah bidang kuasa Mahkamah Syariah, Sejarah Undang - Undang Keluarga Islam di Negeri Kedah, Hal Ehwal Wanita Dalam Undang - Undang Islam (sebelum perkahwinan, semasa tempoh perkahwinan dan selepas pembubaran perkahwinan) dan prosedur pengendalian kes di Mahkamah Syariah.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi merakamkan setinggi - tinggi ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan dan semua peserta yang hadir yang terdiri dari para warga pelbagai jabatan / agensi, PERKEP, BAKAT MAWILLA3 , PAWE Langkawi serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi atas sokongan padu yang diberikan dan penyertaan yang memberangsangkan (melebihi sasaran awal penyertaan iaitu 60 orang peserta) dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran Seminar Literasi Undang - Undang Keluarga Islam yang julung - julung kali diadakan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐔𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
*18 Mei 2024 (Sabtu)*
*Stadium Darul Aman*
Kedah Run 2024 sempena Karnival Usahawan PUSPA SURI 02.2024 anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diadakan bermula jam 7.00 pagi bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah melibatkan dua kategori larian iaitu sejauh 5 dan 10 kilometer.
Turut berangkat dalam Program ini ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.
Program yang mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat ini turut disertai oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bagi kategori larian sejauh 5 kilometer.
Setinggi - tinggi ucapan tahniah dirakamkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas kejayaan penganjuran program yang berlangsung meriah dan lancar serta mendapat sambutan hangat dari para warga PUSPANITA seluruh Negeri Kedah.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐖𝐎𝐎𝐃𝐁𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑-𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌
TARIKH: 15 Mei 2024 (Rabu)
MASA:2.30 Petang-5.00 Petang
TEMPAT: Langkawi Tourism Academy
Beberapa orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menyertai Program Klinik Woodball Inter-mukim anjuran Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA), Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama PERKESO Kedah. Tahniah diucapkan kepada wakil PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang telah mendapat Tempat Ketiga dalam program tersebut.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi 2024M / 1445H telah diadakan pada 30 April 2024 bersamaan 21 Syawal 1445H bertempat di Dewan Badminton, Kompleks Sukan LADA.
Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi berlangsung dengan sangat meriah bermula jam 8 malam sehingga jam 10.30 malam telah dihadiri oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan isteri, Yang Berhormat Ahli Parlimen Langkawi dan isteri, Yang Berhormat ADUN Kuah, Yang Berhormat ADUN Ayer Hangat, Yang Berbahagia Dato Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Yang Berusaha wakil Pengerusi Malaysia Association of Hotels (MAH) Kedah/Perlis serta dif-dif jemputan dari pelbagai jabatan / agensi serta persatuan dan pertubuhan.
Majlis Rumah Terbuka ini juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai menu menarik dan menyelerakan.
Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah enak yang disediakan oleh hampir 46 penyedia makanan yang terdiri daripada hampir 100 buah jabatan / agensi kerajaan, hotel, persatuan dan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi juga tidak ketinggalan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi 2024/1445H ini dengan menyediakan booth makanan dengan menu rojak dan agar-agar yang sangat enak dan menarik.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi 2024 / 1445H ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Beliau kemudiannya berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua wakil Jabatan / Agensi / Hotel / NGO / Parti Politik yang terlibat menyumbang secara langsung dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi ini.
Turut menerima Sijil Penghargaan ini ialah Yang Berusaha, Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang mewakili booth PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Majlis ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada para murid dan penyanyi tempatan / jemputan serta diakhiri dengan persembahan bunga api bagi meraikan ribuan tetamu yang hadir.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua penyumbang dan penyedia booth jamuan, para tetamu yang hadir serta seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam memastikan kejayaan dan kelancaran penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Lgkwi 1445H / 2024 yang berlangsung dengan sangat meriah dan penuh gemilang ini.
Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi yang telah bertungkus lumus sejak mula hingga akhir Majlis Rumah Terbuka Peringkat Daerah Langkawi 2024/1445H ini berlangsung.
Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Ilahi.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐅𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐘 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈
Program Fun Day Raya PUSPANITA Langkawi ini telah diadakan pada
27 April 2024 (Sabtu) / 18 Syawal 1445H bermula jam
8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di
Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Langkawi dan bertemakan pakaian Hari Raya.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 56 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bersama 64 orang anak masing - masing. Selain itu, 15 orang Ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Langkawi dan 10 orang Ahli Jawatankuasa PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi turut hadir memeriahkan program ini.
Pelbagai acara menarik telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya kali ini. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan kemudiannya disusuli dengan Majlis Bacaan Yasin yang dipimpin oleh wakil PAWE Langkawi.
Seterusnya, Puan Pengerusi turut berbesar hati menyampaikan sumbangan PUSPANITA Di Hati yang disalurkan oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada 3 orang penerima yang layak dari kalangan para Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas keprihatinan dan sumbangan yang sangat bermakna ini kepada mereka yang memerlukan.
Hampir 30 juadah menarik turut disediakan antaranya ialah lontong, sate, laksa lemak, ketupat, aneka jenis rendang, juadah pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir.
Ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk membawa dari rumah masing - masing pelbagai juadah menyelerakan untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir.
Program kemudiannya diteruskan dengan acara penukaran hadiah sesama para tetamu yang hadir yang diadakan berselang-seli dengan permainan “Fun Games” yang disertai oleh para ahli dan anak masing - masing.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang turut berkesempatan menyampaikan duit raya kepada anak-anak ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang hadir.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, PERKEP Langkawi dan PAWE Langkawi yang sudi bersama-sama hadir memeriahkan program santai tetapi sangat bermakna ini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi serta warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi yang bertungkus lumus sebelum dan sepanjang program berlangsung bagi memastikan segala yang dirancang berjalan lancar dan teratur.
Semoga program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan ukhwah sesama para Ahli PUSPANITA serta lain - lain pertubuhan dan persatuan di Daerah Langkawi.
"𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢
Program ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Ruang Legar, Aras Bawah, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi dan disempurnakan oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Seramai 7 orang dari Mukim Kuah telah terpilih sebagai penerima sumbangan pada hari ini iaitu Puan Shahida Binti Ibrahim ( Kampung Penarak), Puan Supiah Binti Osman (Kampung Bendang Baru), Puan Kalsom Binti Salleh (Kampung Padang Lunas), Puan Jamaliah Binti Harun (Kampung Kuah), Puan Zauyah Binti Mahmud (Pekan Kuah), Puan Shidah Binti Shamsudin (Kampung Kuah) dan Puan Norbalkish Binti Abdul Rashid (Kampung Penarak).
Semua penerima ini telah menerima sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai yang disampaikan oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Turut hadir dalam program ringkas tetapi sangat bermakna ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi serta Ahli - Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu para penerima tersebut dalam membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
AHAD (31.03.2024)
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-40 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, hari ini.
YABhg. Tok Puan Hajah Jusmalailani binti Jusoh, isteri kepada YAB Menteri Besar Kedah merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung pada kali ini dan seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran portal rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang kini berwajah baharu.
Di dalam majlis yang sama, YABhg. Tok Puan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Tahun 2023 bagi mengiktiraf sumbangan barisan jawatankuasa biro bagi tahun 2023. YABhg. Tok Puan kemudiannya telah sudi untuk melawat ke gerai-gerai jualan bersempena Karnival Usahawan PUSPA Suri 01.2024 bertempat di ruang legar dewan yang telah mengumpulkan sebanyak 23 orang usahawan terdiri daripada kalangan ahli PUSPANITA sendiri.
Mesyuarat Agung seterusnya telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Seri Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan telah berjalan dengan lancar. YBhg. Datin Seri kemudiannya berbesar hati untuk menyampaikan pemberian geran berjumlah RM5,000.00 kepada semua Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah di negeri Kedah agar dapat membantu para Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah menganjurkan program untuk manfaat ahli khususnya dan rakyat Negeri Kedah amnya.
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Kali Ke-40 ini telah berjaya mengumpulkan seramai 885 orang ahli PUSPANITA dari seluruh negeri Kedah.
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang hadir dalam memberi sokongan dalam penganjuran Mesyuarat Agung PUSPANITA ini.
Turut hadir adalah YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd. Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Azyanti binti Azmi, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, YBhg. Datin Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah, Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah, mantan-mantan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Biasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
ISNIN (01.04.2024)
Bersempena bulan Ramadan 1445H pada tahun ini, Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung pada 27 Mac- 28 Mac 2024 dengan penglibatan peserta daripada 30 jabatan dan agensi dari seluruh negeri Kedah.
Majlis Khatam Al-Quran kemudiannya diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar yang melibatkan kehadiran seramai 128 orang peserta daripada pentadbiran daerah, jabatan - jabatan Negeri Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan serta Biro PUSPANITA yang telah berjaya menamatkan bacaan seluruh kitab suci Al-Quran.
Majlis Khatam Al-Quran ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Mariah binti Hitam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir, Puan Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta Pengerusi PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍
Tarikh : 24 Mac 2024 (Ahad)
Masa. : 11.30 Pagi
Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadhan telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi iaitu Puan Amila Binti Ahmad kepada seramai 20 orang penerima di Perkarangan Pejabat Daerah Langkawi.
Turut hadir dalam Program Penyerahan Bakul Kasih Ramadhan ini ialah YBrs Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK , Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang juga memberikan ucapan aluan pada awal program berlangsung.
Program ini merupakan inisiatif untuk membantu ahli-ahli Puspanita bagi menghadapi bulan yang mulia ini.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌
Program Agihan Bubur Lambuk Ramadhan 1445H / 2024M Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi & PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah diadakan pada hari ini bermula jam 3.30 hingga 4.00 petang bertempat di jalan utama berhadapan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan manakala sebanyak 100 bungkus bubur lambuk tersebut turut diagihkan kepada beberapa Jabatan / Agensi berhampiran antaranya IPD Langkawi, APM Langkawi, Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, Bahagian Trafik, Bahagian Narkotik, Polis Marin dan Unit K9 IPD Langkawi.
Turut hadir dalam Program Agihan Bubur Lambuk ini ialah YBrs Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK , Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Puan Amila Binti Ahmad selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, para Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi serta para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada semua yang membantu menjayakan program ini termasuklah warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi serta Pihak Pengurusan dan para warga kerja Adya Hotel, Kuah, Langkawi.
Semoga usaha murni seperti ini mendapat rahmat dan berkat dari Ilahi.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
Tarikh: Ahad (17.03.2024)
Masa:9.00 Pagi
Tempat:Dewan Putra, Kedah Digital Library
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan kecil daerah telah menyertai Majlis Pengurniaan Sumbangan Program Bakul Kasih Ramadan Tahun 2024M/1445H bertempat di Dewan Putra, Kedah Digital Library, Alor Setar yang dianjurkan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah bersempena Bersempena sambutan bulan Ramadan.Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah, telah sudi mencemar duli berangkat ke majlis ini dengan diiringi oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Baginda seterusnya perkenan untuk menyempurnakan pengurniaan sumbangan secara simbolik kepada 12 orang Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan 31 orang Pengerusi PUSPANITA Jabatan di negeri Kedah.
Program Bakul Kasih Ramadan yang diuruskan oleh Biro Keahlian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah adalah merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial berbentuk sumbangan bekalan makanan kepada 400 orang ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan rakyat Negeri Kedah yang memerlukan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan.
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah berharap semoga Sumbangan Bakul Kasih Ramadan ini dapat meringankan beban penerima dan memberi peluang kepada semua ahli untuk bermuhasabah diri sekaligus bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Ilahi.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐲
Tarikh : 7 Mac 2024
Hari : Khamis
Masa : 5 petang
Tempat : Math Superbowl Langkawi
PUSPANITA Langkawi Bowling Day yang dianjurkan oleh Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berlangsung pada 07 Mac 2024 di Math Superbowl Langkawi.
Tujuan utama penganjuran PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini adalah bagi meraikan minat kesukanan yang mendalam di kalangan para ahli PUSPANITA Langkawi. Selain itu, penganjuran ini juga menjadi salah satu inisiatif memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PUSPANITA Langkawi.
PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini disertai oleh 39 orang ahli PUSPANITA Langkawi. Hadiah bagi kategori Top 3 dan Last 3 berupa hamper, medal dan sijil penyertaan turut disediakan.
Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan dan menceriakan lagi program yang berlangsung.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi.
Semoga program - program seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dalam memupuk budaya bersukan dan menyemai gaya hidup sihat khususnya di kalangan para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒
Tarikh: 25 Februari 2024 (Ahad)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi
Majlis serahan sempena program ‘Back To School’ 2024 anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berjaya dilaksanakan pada 17 Januari 2022 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada seramai 12 orang penerima telah menerima sumbangan yang berupa wang tunai dan barangan dapur. Sumbangan ini disampaikan oleh Puan Amila Binti Ahmad selaku pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Semoga dengan Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak ini untuk hadir ke sekolah.
Terima kasih juga diucapkan kepada AJK yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis penyerahan ini.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐒𝐀𝐍𝐃𝐁𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐋𝐊 @ 𝐓𝐀𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐇𝐔
TARIKH: 11 Februari 2024 (Ahad)
MASA: 6.45 Pagi
TEMPAT: Tanjung Rhu
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah memeriahkan acara Sandbar walk @ Tanjung rhu yang berlangsung pada 11 Februari 2024 yang lalu. Fenomena ini hanya dapat disaksikan setahun sekali sahaja di mana pengunjung boleh melihat ayaq surut sampai ke pulau di hadapan Tanjung Rhu.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐄𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓
Tarikh: 6 Februari 2024(Selasa)
Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat: Dewan Gunung Mat Chincang, Kolej Vokasional Langkawi
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah hadir ke Kursus Penghasilan Cheesetart anjuran Kolej Vokasional Langkawi. Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Tahun 2 Diploma Program Bakeri dan Pastri sempenan Festival Baker dan Pastri 2024 Trima kasih diucapkan kepada Kolej Vokasional Langkawi kerana sudi menjemput ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi menyertai kursus cheseetart pada kali ini.Terima kasih juga diucapkan kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang hadir pada kursus tersebut. Semoga mendapat manfaat daripada kursus yang dihadiri.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Tarikh: 4 Februari 2024(Ahad)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Dewan Seri Negeri
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah hadir ke Program Back To School Tahun 2024 anjuran Puspanita Cawangan Negeri Kedah. Turut ikut serta Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Program dimulakan dengan gimik persembahan, nyanyian lagu negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu Puspanita serta tanyangan montaj. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Kedah.
Seramai 300 pelajar hari ini menerima bantuan persekolahan daripada Persatuan Isteri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) menerusi inisiatif 'Back To School' anjuran bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Incorporated.
Inisiatif itu menyaksikan seramai 103 pelajar dan keluarga mereka menghadiri majlis penyaluran bantuan itu di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. Sebanyak RM150 telah diagihkan kepada para hadirin pada majlis itu oleh Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Terima kasih juga kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang hadir pada hari ini .
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
Sumber: News Straits Times (nst.com.my)
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 @ 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈
TARIKH: 4 Februari 2024 (Ahad)
MASA: 8.00 Pagi - 1.00 Petang
TEMPAT: Kuala Teriang, Padang Matsirat, Langkawi
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menyertai Gotong royong Sempena Program Rakan Muda Turun Padang @Langkawi. Program ini bertujuan menjadi platform menanam rasa simpati Dan empati menerusi pembudayaan nilai sukarelawanan dan kemasyarakatan dalam kalangan masyarakat. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Terima kasih juga kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang mengikuti program pada hari ini .
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
𝐅𝐔𝐍𝐑𝐈𝐃𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒
Tarikh: 3 Februari 2024(Sabtu)
Masa: 7.00 Pagi
Tempat: Tanjung Rhu Resort
Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah menyertai Funride Permata Kedah 2024 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Turut ikut serta Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bersama Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Acara dirasmikan oleh Y.B Dato’ Haji Salleh Bin Saidin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah Darul Aman di perkarangan Tanjung Rhu Resort.
Acara diserikan lagi dengan aktiviti paling ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. Dibantu semua AJK yang bertungkus lumus sejak sebelum dan hari kejadian.
Terima kasih juga kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang hadir pada hari ini .
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟐𝟖
Tarikh: 28 Januari 2024 (Ahad)
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi
Alhamdulillah syukur, selesai sudah Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi Kali Ke 28 hari ini.
Sangat berbesar hati bilamana Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi sendiri yang sudi meluangkan masa merasmikan mesyuarat agong tahun ni.
AGM dipengerusikan oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi selesai dijalankan dengan lancar.
Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu Puspanita. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Penghulu Mukim Ayer Hangat, Encik Abdul Azim Bin Mahmud, tanyangan montaj, perbentangan takwim, penyata kewangan serta perlantikan AJK baru bagi Biro Agama dan Kerohanian dan Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga sesi 2023/2024.
Mesyuarat diakhiri dengan aktiviti paling ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. Diserikan oleh pengacara yang sempoi majlis dapat dijayakan dengan lancar dan meriah. Dibantu semua AJK yang bertungkus lumus sejak dua minggu sebelum hari kejadian menguruskan hal-hal berkaitan, it's a wrap. Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada ahli Pusapanita Cawangan Langkawi yang hadir pada hari ini .
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
Tarikh: 27 Januari 2024 (Sabtu)
Masa:8.00 Pagi
Anjuran : Lembaga Pembangunan langkawi (LADA)
Alhamdulillah, hari ini telah diadakan program Langkawi Geocycling Siri 1/2024 yang telah disertai oleh empat orang ahli Puspanita Daerah Langkawi iaitu Puan Rusmariah, Cik Ainul Najihah, Puan Nur Azwa dan Puan Noriza. Turut hadir Penasihat Puspanita Daerah Langkawi,Encik Mohamad Subhi bin Abdullah dan Pengerusi Puspanita Daerah Langkawi,Puan Amila binti Ahmad.
Program ini dianjurkan bagi meningkatkan lagi pengetahuan tentang kelebihan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark dan juga menyalurkan gambaran sebenar tentang sejarah Mahsuri yang menjadi salah satu tempat bersejarah yang wajib dilawati di Langkawi Pulau Lagenda.
Program ini disempurnakan oleh CEO LADA iaitu Datuk Haslina Abdul Hamid yang turut bersama-sama menjadi peserta kayuhan dengan mengayuh basikal sepanjang 13.85 km.
Semoga program ini dapat mengukuhkan ukhwah antara semua peserta dan sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan mengenai Pulau Langkawi . Terima kasih diucapkan atas komitmen para peserta program dan juga penganjur LADA. Sehingga bertemu lagi dalam program akan datang.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍.
Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Perkampungan Orang Asli,Ulu Legong, Baling,Kedah Darul Aman.
Alhamdulillah selesai sudah program turun padang PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling ke Perkampungan Orang Asli, Ulu Legong, di Baling,Kedah. Program ini merupakan program yang pertama kali dianjurkan bagi tahun 2024 bersempena dengan Sambutan 40 Tahun PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Turut hadir YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK.
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling. Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang sudi menjemput wakil dari PUSPANITA Daerah Langkawi.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐊𝐄𝐄𝐏𝐅𝐈𝐓@𝐁𝐋𝐔𝐄𝐏𝐎𝐎𝐋
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi
Tarikh : 19/1/2024 (Jumaat)
Masa : 8.00pagi-2petang
Tempat : Blue Pool Telaga Tujoh
Alhamdulillah, semalam telah diadakan program Keep Fit Puspanita Langkawi di Blue Pool, Telaga Tujoh
Kalini, kami telah berjaya menawan puncak Telaga Tujoh setelah mendaki anak tangga dan meneruskan "hiking" masuk ke dalam hutan untuk ke Blue Pool. Selepas 15-20 min perjalanan hutan kami sampai ke Blue Pool
Seramai 29 orang ahli Puspanita serta family telah menyertai Program ini. Turut serta Timbalan Pengerusi II, Puan Syafiqah.
Program santai ini turut melibatkan anak-anak bagi mencapai objektif untuk menambah erat hubungan antara ibu dan anak supaya kita dapat membangun komuniti yang lebih sihat secara mental dan fizikal bagi mendepani zaman milenium yang semakin mencabar terutama cabaran mendidik anak-anak.
Terima kasih diucapkan atas komitmen jitu para peserta program.
What next? Jom kita tawan puncak lain pula.
Bukit Penarak unlocked
Blue Pool unlocked
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐅𝐈𝐓𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊"
Tarikh : 14/1/2024 (Ahad)
Masa : 8.30pagi
Tempat : Bukit Penarak
Puspanita Langkawi telah mengadakan program "Puspanita Langkawi Menawan Puncak Bukit Penarak". Program disertai oleh Timbalan Pengerusi II, Puan Syafiqah Mohd Radzi, Leftenan Maritim Puan Mira Baizuani Binti Muhammad, Penolong Pegawai Tadbir
Puan Norhidayat Binti Aripin.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD
Blog Page :
TERKINI
LOKASI